Bina Pelan Kewangan Sekukuh Sebuah Bangunan

Lindungi Masa Depan Anda Dari Inflasi Dengan Emas

“Sebagai seorang arkitek, saya mereka bentuk bukan sahaja bangunan menarik tetapi juga struktur yang kukuh dan terjamin untuk masa depan. Saya menggunakan prinsip yang sama untuk membantu anda membina pelan simpanan emas yang kalis inflasi dan selamat.  Mari kita reka pelan kewangan anda bersama-sama.”

Siapa Saya?

Sebagai Arkitek berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia ( LAM ) dan Pengasas FAiD ARCHITECT, kerjaya saya dibina atas satu prinsip: mereka bentuk aset nyata yang meningkat nilainya.  Selama bertahun- tahun, saya telah menukar pelan arkitek kepada struktur kekal yang mencipta kekayaan untuk pelanggan saya.

Perjalanan saya bersama emas bermula sejak 2005, dan saya membawa minda seorang akitek – menekankan rekabentuk,  struktur,  keselamatan dan pandangan jangka panjang ke dalam usaha saya bersama Public Gold.

Saya tidak melihat emas semata- mata sebagai pelaburan; saya melihatnya sebagai asas penting untuk masa depan kewangan yang kukuh.

Misi saya ialah untuk memberi anda pelan  yang jelas bagi keselamatan kewangan, membimbing anda langkah demi langkah untuk membina legasi kekayaan yang nyata dan bernilai.

Ar Mohd Faid Ishak

Pemilik mfigold and FAiD ARCHITECT

“Sepertimana saya mereka bentuk bangunan untuk bertahan berabad lamanya, saya juga membantu anda merancang masa depan kewangan yang kukuh berasaskan emas”

“Pemilikan emas fizikal 24k bukan sahaja membantu anda mencipta kekayaan, malah melindungi asas kewangan anda untuk keselamatan jangka panjang”

Emas Fizikal 24K disimpan sendiri, adalah yang terbaik

Kenapa Menyimpan Atau Melabur Dengan Emas Fizikal 24k?

Jadual dan Carta Perbandingan Harga Emas

Saya mula mengkaji tentang emas ketika harganya hanya RM 70/g. Harganya telah meningkat dengan amat ketara sejak 20 tahun yang lalu.

Jadual Perbandingan Antara ASB, TH dan Emas Fizikal

Perbandingan ini menunjukkan bahawa emas fizikal 24k mampu mengekalkan nilainya dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, adalah amat disyorkan agar sebahagian daripada simpanan tunai di dalam akaun ASB, Tabung Haji atau akaun Simpanan, ditukarkan kepada emas fizikal 24k untuk simpanan yang lebih terjamin. 

Dengan membeli emas daripada Public Gold,

anda akan mendapat emas fizikal 24k, BUKAN emas digital atau kertas perjanjian


Ramai Tanya: "Simpan Rm 100000 lebih baik di ASB atau Emas?"

Mari kita buat kiraan sebenar

24k

Kenapa Pilih Public Gold?

9c69ab59-12ef-4812-bdd4-d9886aa4a466

Pengumpulan emas dipermudahkan: Mula bina kekayaan anda dengan emas fizikal 24K melalui pilihan mampu milik dan mudah diakses daripada Public Gold.

Lindungi simpanan anda daripada inflasi: Tukarkan simpanan tunai anda kepada aset emas fizikal, bagi menjamin kuasa beli anda untuk jangka masa panjang.

0de602c8-49ee-497b-b4ed-9bd429225b53
9e6e7b75-319a-40ef-b32e-dd94ee359b25

Pilihan fleksibel untuk semua bajet: Sama ada anda baru bermula dengan RM 100 atau ingin melindungi aset yang besar, Public Gold mempunyai penyelesaian yang direka khas untuk anda.

00787e12-4964-404d-8f86-6941eb27eb60

Public Gold telah ditubuhkan sejak tahun 2008 untuk membekalkan emas kepada pelanggan. Ibu pejabat utama terletak di Menara Public Gold, KL dengan 18 cawangan di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak, 6 di Indonesia san 1 di Dubai. Ini memudahkan urus niaga emas.

a62fb780-5a0f-43d7-84e5-7fe0c9519812

Public Gold menjamin pembelian semula emas. Apabila anda membeli, anda akan menerima emas fizikal 24k,dan emas ini boleh dijual balik dimana- mana cawangan Public Gold.

08a7350b-7254-4a6a-a1eb-3004ccbda316

Anda mempunyai alternatif untuk membayar secara ansuran patuh Syariah sebanyak 6 atau 10 kali (EPP) , bayaran melalui direct debit FPX, serta pilihan untuk perkhidmatan penghantaran emas (GIT) yang memudahkan serta menjimatkan masa.

mfigold mempromosikan, Public Gold menjual dan membuat penghantaran.

Siapakah yang Paling Mendapat Manfaat?

Golongan profesional muda, keluarga di Malaysia, mereka yang mencari simpanan patuh Syariah, mereka yang baru menceburi bidang simpanan emas dan mencari alternatif selain saham atau Bitcoin, serta individu atau syarikat yang ingin melindungi kekayaan mereka.

Boleh mulakan dengan video ini - maklumat ringkas dalam video pendek adalah:

  • Public Gold menawarkan Akaun GAP (Program Pengumpulan Emas) untuk memudahkan pelanggan mula menyimpan emas dengan serendah RM 100.

Video

  • Sesuai untuk semua bajet. Kini, semua orang mampu untuk menyimpan dan melabur dalam emas.

  • Emas fizikal dalam Akaun GAP boleh dikeluarkan dalam pelbagai saiz sehingga 50g melalui ATM Emas Public Gold.

Untuk Golongan Profesional Muda:

Mulakan langkah membina kekayaan anda dengan serendah RM 100. Bina masa depan anda, selangkah demi selangkah dengan bimbingan saya,

 

Untuk Keluarga di Malaysia, Singapura & Brunei

Wujudkan dana yang terjamin untuk masa depan keluarga anda—sama ada untuk tujuan Haji, pendidikan, atau rumah baharu.

 

Untuk Penyimpan Patuh Syariah

Melabur dengan tenang hati. Simpanan emas fizikal 24K kami adalah patuh Syariah sepenuhnya.

 

Untuk Pelabur Bijak

Mencari alternatif kepada saham atau kripto yang tidak menentu? Pelbagaikan pelaburan anda kepada aset fizikal yang lebih terjamin.

 

Untuk Pemilik Perniagaan

Lindungi aset hasil titik peluh anda daripada susut nilai mata wang dan ancaman inflasi.

 

Untuk Melindungi Kekayaan

Sama ada simpanan anda besar atau kecil, emas fizikal adalah cara terbaik yang tidak lapuk dek zaman untuk mengekalkan kekayaan anda.

Cabaran Pelanggan

Mesej yang sangat padu dari poster sebelah:

  • Untuk Anak Muda & Belia Berbajet Rendah:
    Mula kumpul emas dengan modal serendah RM 100. Bina kekayaan masa depan anda, sedikit demi sedikit.

  • Untuk Golongan Berpendapatan Sederhana:
    Tukarkan sebahagian simpanan anda kepada emas fizikal untuk melindungi kekayaan anda daripada dihakis inflasi.

  • Untuk Pemilik Perniagaan & Individu Bersimpanan Tinggi:
    Kukuhkan aset anda daripada risiko susut nilai mata wang dan inflasi melalui pelaburan emas fizikal.

  • Rasa Matlamat Kewangan Sukar Dicapai?
    Sama ada untuk berkahwin, melancong, atau mencapai impian besar seperti membeli rumah dan persaraan, simpanan emas boleh membantu anda merealisasikannya.

Saya sedia membantu anda. Bimbingan saya sebagai dealer, adalah percuma.

Cadangan Penyelesaian:

  • GAP (Program Kumpul Emas): Mula atau tambah simpanan emas anda dengan mudah melalui pembayaran auto-debit yang ringkas, pada bila-bila masa anda mahu.

  • Nilai Emas Meningkat Sepanjang Masa: Dengan kenaikan purata tahunan sebanyak 10% sejak dua dekad yang lalu, nilai emas terbukti mampu mengatasi inflasi dan menjamin pertumbuhan kekayaan jangka panjang.

  • Penyelesaian untuk Setiap Bajet: Sama ada anda baru bermula dengan modal kecil atau bersedia untuk pelaburan yang lebih besar, kepelbagaian produk Public Gold membolehkan sesiapa sahaja melabur dalam emas.

  • Bimbingan daripada Dealer Sah Public Gold: Sebagai dealer anda, saya akan memberikan bantuan peribadi untuk memilih produk terbaik yang bersesuaian dengan matlamat kewangan anda dan membimbing anda sepanjang proses.

  • Pilihan Pembayaran yang Fleksibel: Pilih pelan pembayaran yang paling sesuai dengan bajet anda. Public Gold menawarkan pelbagai kaedah pembayaran:

    • Pembayaran FPX secara dalam talian.

    • Pelan ansuran patuh Syariah (EPP 6 atau  EPP 10  –  Ditangguhkan sehingga makluman Lanjut).

    • Pembayaran menggunakan kad kredit atau debit di Mesin ATM Public Gold.

24k

Testimoni

“Seorang kawan lama saya, Faid Ishak, telah meyakinkan saya untuk melabur dalam emas sebagai satu cara untuk melindungi kekayaan daripada inflasi, di samping mempelbagaikan portfolio pelaburan saya.

Urusan pembelian melalui Public Gold, sebuah syarikat jual beli emas patuh Syariah yang bereputasi, menjadi sangat mudah setelah mendapat bimbingan rapi daripada Faid.

Saya bermula secara kecil-kecilan dengan niat untuk menambah pemilikan emas saya pada tahun-tahun yang akan datang.”

Hisham Hashim – GM, MNC

Kelebihan Utama Bekerjasama dengan Saya:

  • Nasihat Perancangan Kewangan:
    Dengan pengalaman saya dalam perancangan kewangan, saya boleh membantu anda mempelbagaikan portfolio simpanan anda dengan emas dan memadankannya dengan kemampuan kewangan anda.

  • Bimbingan Peribadi:
    Selepas anda mendaftar, saya sendiri akan membimbing anda langkah demi langkah melalui WhatsApp. Daripada cara membuka akaun GAP hinggalah memilih produk emas yang sesuai untuk anda, saya sedia membantu.

  • Mula Serendah RM 100:
    Sama ada anda baru ingin menyimpan emas atau mahu menambah jumlah simpanan sedia ada, saya akan bantu anda membuka akaun dan memastikan prosesnya ringkas, mudah dan telus.

Kepercayaan dan Jaminan:

  • Jaminan Emas Fizikal:
    Apabila anda membeli daripada Public Gold, anda akan menerima emas fizikal sebenar, bukan sekadar paparan digital atau aset di atas kertas.

  • Bayaran Terus kepada Public Gold:
    Anda membuat bayaran terus kepada akaun syarikat, ini menjamin setiap transaksi adalah selamat dan penghantaran emas anda terjamin.

  • Boleh Dipercayai dan Telus:
    Public Gold memberi jaminan penghantaran emas fizikal terus dari syarikat, bukan melalui pengedar (dealer). Ini memastikan ketelusan sepenuhnya dalam setiap urus niaga.

24k

Testimoni

Testimoni 2

“Pada Jun 2023, saya mula membeli Dinar emas melalui EPP 10 untuk menguji kebolehpercayaan Public Gold. Saya telah menerima emas fizikal 24k saya seperti yang dijanjikan. Walaupun harga emas sentiasa berubah, bayaran ansuran bulanan saya telah dikunci pada hari saya membuat pembelian.

Prosesnya amat lancar, dan saya telah mengambil emas saya di cawangan Public Gold Bangi. Public Gold telah terbukti sebagai rakan kongsi pemilikan emas yang boleh dipercayai dan diyakini. Setelah menyaksikan sendiri reputasi dan kebolehpercayaan Public Gold, kini saya turut berkongsi kelebihan memiliki emas fizikal dengan orang lain.”

 Ar Mohd Faid Ishak, Akitek Profesional

Testimoni 3

“Encik Faid adalah klien saya dari sebuah firma seni bina di KL. Kami telah bekerjasama untuk satu projek pembangunan di Presint 8, Putrajaya. Beliau menyarankan agar saya meneroka pelaburan emas fizikal sebagai cara untuk mempelbagaikan pelan kewangan jangka panjang saya.

Pendaftaran dibuat secara dalam talian melalui aplikasi Public Gold. Urus niaganya sangat mudah dan senang. Saya bermula secara kecil-kecilan dan berhasrat untuk mengembangkan simpanan ini dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang. Encik Faid sentiasa berkongsi maklumat terkini berkaitan emas dengan saya. Terima kasih banyak atas perkhidmatan cemerlang dan memastikan saya sentiasa mendapat maklumat.”

 

Shareen Redza, Pengurus Jualan Kanan, Niro Ceramic (M) Sdn Bhd

 

Testimoni 4

“Public Gold telah berjaya meraih kepercayaan saya sebagai platform yang boleh diharap dan selamat untuk pembelian emas fizikal, dengan reputasi dan kredibiliti yang kukuh. Kini saya berasa lebih yakin dan selamat kerana tahu pelaburan saya terjamin, apatah lagi emas fizikal tersebut saya dapat simpan sendiri.

Terima kasih juga kepada dealer yang memperkenalkan saya kepada Public Gold kerana sudi berkongsi banyak ilmu yang relevan berkaitan emas.”

 

Irfan Zufayri, Jurutera Proses, Exxon Mobil

     Hi, saya Ar Faid,

  • Saya bantu untuk mulakan simpanan emas serendah Rm 100 di Public Gold.

  • Kalau anda nak tahu cara mula, boleh whatsapp Saya, Klik Butang Emas dibawah.

Jom Bertindak :

  • Sudah bersedia untuk melindungi simpanan anda dan melabur dalam emas?

  • Daftar sekarang – Pendaftaran adalah Percuma.

  • Ada sebarang soalan atau perlukan bimbingan peribadi? WhatsApp saya hari ini!

24k

Soalan - Soalan Lazim ( FAQs )

  • Bagaimana cara untuk saya mula mengumpul emas?

    • Daftar untuk akaun GAP dan mulakan simpanan dengan serendah RM 100. Anda dapat mengumpul emas fizikal melalui potongan auto-debit secara berkala, atau anda boleh menambah (top-up) simpanan pada bila-bila masa.

  • Adakah emas satu pelaburan yang baik?

    • Emas mempunyai rekod jangka panjang dalam mengekalkan dan meningkatkan nilai. Dengan purata pulangan tahunan sebanyak 10% sejak 20 tahun yang lalu, ia terbukti mampu mengatasi inflasi dengan lebih baik berbanding simpanan dan pelaburan konvensional.

  • Bagaimanakah proses pembayaran dan penghantaran berfungsi?

    • Sebaik sahaja anda memilih produk emas, anda boleh memilih kaedah pembayaran yang fleksibel seperti:

      • Pelan Ansuran Patuh Syariah (EPP6 atau EPP10 – Pelan ini ditangguhkan buat sementara waktu).

      • Pindahan wang dalam talian melalui FPX.

      • Pembayaran kad kredit atau debit di Mesin ATM Emas Public Gold.

    • Bagi pembelian emas sehingga 50 gram di ATM Emas, pelanggan akan menerima emas mereka serta-merta di mesin tersebut selepas pembayaran selesai.

    • Urus niaga di ATM Emas memerlukan kod PG pelanggan. Proses ini akan menjadi lebih mudah jika anda mendaftar terlebih dahulu dengan dealer sah (hanya tekan butang kuning di atas).

    • Public Gold akan menghantar emas melalui pos berinsurans GIT (Gold-In-Transit) untuk item bawah 22 gram, atau anda boleh mengambilnya melalui temu janji di cawangan Public Gold terpilih untuk item melebihi 22 gram.

  • Apa yang akan berlaku selepas saya mendaftar?

    • Saya sendiri akan membimbing anda sepanjang proses. Saya akan pastikan anda faham tentang sistem, membantu anda memilih produk yang sesuai, dan menjawab sebarang persoalan anda.

Asas Kukuh Emas 24K Untuk Jaminan Kewangan


© 2025 mfigold.com. Hak Cipta Terpelihara.
mfigold.com adalah jenama yang dimiliki dan dikendalikan oleh MFI Aurum Alliance Ventures (No. Pendaftaran SSM: AS0499873-M).